"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Khamis, 23 April 2009

"pahangdaily.blogspot tumbang..!!! BPN BANGKIT..!!! "


Saiful fail saman fitnah RM2 juta

23/04/2009 4:12pm

SHAH ALAM 23 April - Bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan hadir ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM2 juta berhubung enam artikel yang ditulis dan disiarkan pahangdaily.blogspot.com yang memfinah dirinya.

Mohd. Saiful yang memakai kemeja putih lengan panjang dan bersongkok hadir bersama peguamnya, Zamri Idrus untuk memfailkan writ saman tersebut pada pukul 2.40 petang.

-Utusan

Tiada ulasan: