"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Jumaat, 27 Mac 2009

lembu berak tengah jalan,lembu baring atas jalan--->merokok..!!!


-maka...adalah benar dan setujulah guabotak.. -dengan kata2 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ;

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam(kopiah atau berjubah)"-nik aziz nik mat

walaubagaimanapun, lembu tidak merokok...tetapi hanya mmbuang najis dan baring diatas jalan sahaja..oleh kerana lembu ialah binatang..jadi tiada tindakan undang2 thdp lembu..jauh sekali lembu itu dihadapkan ke mahkamah..

  1. maka dapat dilihat, mer0kok bukanlah sifat lembu..dan mengapa perlu di samakan hanya "merok0k" sahaja..??
  2. mengapa tidak samakan "perbuatan" lain yg dilihat terang2 mengikut sifat lembu..??
  3. apakah perbuatan "baring atas jalan" bukan sifat lembu..??
  4. mereka yg baring atas jalan tidak dikenakan tindakan..adakah mereka x mmpunyai 0tak dan fikiran..??
  5. mereka itu lembu..??

dan...
manusia di malaysia akan terselamat lah dari undang2
sekiranya "mereka" sengaja berlakon seperti lembu..

dan bagi mengelakkan kita berperangai spt lembu itu...
maka perlulah kita membezakan diri kita dgn lembu..dan mengesan persamaan tingkah laku antara "manusia-lembu" agar kita tidak seperti lembu..

p/s ; m0oooooooooooooooooooooooooooooo..!!!

Khamis, 26 Mac 2009


"agenda paling penting ialah ilmu pengetahuan, hina mulia bangsa bergantung kepada pelajaran dan ia menjadi agenda nombor satu"

"Pencapaian orang Melayu dalam pendidikan menjadi asas untuk menentukan kedudukan kita dalam negara pada tahun 2020. Justeru tempoh 15 tahun ini amat penting bagi kita melaksanakan sebaik-baiknya agenda pendidikan Melayu"



"Misi nasional adalah untuk semua dan tidak mengecualikan orang Melayu, terutama dalam bidang pendidikan kerana ia secara langsung akan dapat meningkatkan kekuatan orang Melayu untuk berhadapan dengan cabaran masa depan"


Rabu, 25 Mac 2009

demokrasi terpimpin PAKATAN RAKYAT F.C..!!!

PERAK-mac 2009 ; PAKATAN RAKYAT F.C. akhirnya meletakkan pemain penyerang kontroversi mereka iaitu WAYNE NIZAR JAMALUDDIN untuk menghadapi UMNO F.C. dalam saingan Liga BkT.GANTANG musim ke-2.

JURULATIH PAKATAN RAKYAT F.C. merangkap PENGURUS, PENASIHAT dan NAKHODA pasukan
SIR NIK AZIZ NIK MAT seakan2 tidak pernah belajar tentang kesilapan terdahulu dengan meletakan pemain IMPORT iaitu WAYNE NIZAR sebagai penyerang dengan mengenepikan penyerang tempatan lain iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Ahmad Awang, dan PENYERANG sensasi Asmuni Awi.

rata-rata peminat bola sepak tempatan yang hanya mahukan pemain tempatan diberi ruang akhirnya kecewa kerana terpaksa akur dengan slogan "DEMOKRASI" dalam sukan MALAYSIA yang mahu diterapkan oleh JURULATIH PAKATAN RAKYAT F.C. merangkap PENGURUS, PENASIHAT dan NAKHODA pasukan
SIR NIK AZIZ NIK MAT.

bagi mengulas situasi tersebut, wartawan telah mendapatkan maklumat dari pemilik PAKATAN RAKYAT F.C. iaitu billi0naire TURKEY,
ANWAR ARDOGAN AL-JUBRI.

"
ini adalah strategi pasukan..memandangkan suasana sekitar stadium yang panas kerana tiada pokok, dan cuaca akan mempengaruhi pemain saya. Jadi kita akan meletakkan pemain import kerana pemain tempatan tidak berkaliber bermain dalam cuaca sebegini..kita juga akan memohon kepada pihak stadium untuk menanam lebih banyak pokok untuk keselesaan pemain dan mengimbangi cuaca persekitaran stadium.." katanya.

ditanya samada keputusan meletakkan
WAYNE NIZAR itu atas dasar demokrasi, jutawan TURKEY itu menjawab.."itu bukan isu nya disini..janganlah anda menyerang saya secara peribadi..sememangnya kita menerapkan amalan demokrasi antara PENGURUS dan pemain.."

ketika sesi latihan, dilihat penyerang import PAKATAN RAKYAT F.C. iaitu
WAYNE NIZAR JAMALUDDIN lebih banyak menghabiskan masanya di bawah pokok untuk menandatangani autograf bersama peminat-peminatnya.

antara peminat yang sempat ditemubual pihak wartawan juga turut menyatakan bahawa minat mereka lebih cenderung kepada PEMAIN IMPORT dan bukan nya kepada pemain tempatan. peminat
WAYNE NIZAR iaitu adik beradik sepupu yang bernama Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang ditemui dibawah pokok menyatakan kegembiraan mereka kerana PAKATAN RAKYAT F.C. mengamalkan demokrasi kerana mendengar keluhan dan permintaan mereka selaku peminat setia pasukan PAKATAN RAKYAT F.C. agar meletakkan pemain kesayangan mereka sebagai penyerang.

oleh kerana tidak mahu menghampakan peminat setia PAKATAN RAKYAT F.C.,
SIR NIK AZIZ NIK MAT dengan penuh demokrasi telah mengabulkan dan merestui agar meletakkan WAYNE NIZAR di posisi penyerang, walaupun beliau jarang menghadiri latihan pemantapan.

sifat
toleransi SIR NIK AZIZ NIK MAT ini akhirnya telah membuatkan PRESIDEN FIFA iaitu SIR el-HADI HABADA tersentuh dan terpegun dengan ketokohan dan gaya kepimpinan SIR NIK AZIZ NIK MAT dalam menguruskan PAKATAN RAKYAT F.C. dengan cara yang sangat demokrasi untuk menghadapi saingan liga.
-AFP

mengapakah perlu MENYOKONG KERAJAAN..???



Sila klik pada gambar untuk diperbesarkan.
dipetik dari -->http://perakbangkit.blogspot.com/2009/03/6-sebab-mesti-sokong-kerajaan-bn.html

PPSMI-->sesuai untuk SAINS & TEKNOLOGI


Di sini guab0tak_666 sertakan komentar menarik yang terdapat di dalam blog Tun Dr Mahathir
hasil petikan dari blog-->http://novandri.blogspot.com/search?q=PPSMI

Isunya ialah mengenai PPSMI. Dalam k0mentar ini, dapat dibuktikan betapa TUN DR. MAHATHIR mempunyai kelebihan dari sudut pemikiran yang terlalu melampaui tahap "term g0al" dari beberapa golongan manusia yang lain.

Tahap pemikiran jitu serta kemampuan TUN DR. MAHATHIR merobek semangat nasionalisme agar BANGSA MELAYU itu menguasai kemahiran teknologi dan sains menunjukkan kebenaran dalam IDEOLOGI beliau dalam memperkenalkan PPSMI....

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal


2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jangan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi.

Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri.

Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.


7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk teknologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN

PENGENALAN E-PEMBELAJARAN

Terdapat banyak definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning), tetapi secara asasnya e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Oleh itu, pastinya sebahagaian besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet / intranet.

Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet), bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio), sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.

Kaedah pembelajaran seperti ini membolehkan universiti menyediakan program-program pengajian yang lengkap kepada pelajar yang tinggal di luar kampus atau pelajar yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan bahan pengajaran pensyarah dari mana-mana sahaja. Staf akademik dapat mengingkatkan kualiti penyampaian dan keberkesanan dengan ada bantuan visual dan elemen multimedia diselitkan. Ilmu pengetahuan dikembangkan dengan adanya sumber yang pelbagai dari seluruh dunia yang boleh dicapai. Ia turut akan menjadi asas kepada pengajian jarak jauh yang mana ia mampu untuk memenuhi konsep “on-demand” yang boleh mengurangkan masalah masa, kehadiran/kedatangan, dan juga masalah jarak perjalanan.

Sesi perbincangan secara online melalui forum, discucssion board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira masa. Bagaimanapun seperti yang diakui oleh ramai pendidik, e-pembelajaran ini hanyalah melengkapi atau membantu staf akademik dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tidak dinafikan sesi kuliah / tutorial yang memerlukan sua muka (face-to-face) masih perlu bagi tidak menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan dalam menimba ilmu.

Maka, Universiti telah menetapkan sesi kuliah dan pendekatan e-pembelajaran perlu gerak seiring bagi mendapatkan yang terbaik dari keduanya. Gabungan kaedah ini lebih dikenali sebagai 'Blended-Learning' di kalangan pengamal dan profesional e-pembelajaran. Terserah kepada staf akademik untuk mencorakkan pengajaran mereka bagi mendapatkan yang terbaik daripada sesi kuliah dan kelebihan yang ada pada konsep e-pembelajaran.

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, pejabat am PDP, atau Makmal Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut. Juga, terdapat banyak info mengenai e-pembelajaran di Internet yang anda boleh layari dan menambahkan lagi pengetahuan anda.

> elearning@wikipedia.com

E-Pembelajaran Interaktif - Penyelesaian Pengajaran Dan Pembelajaran

sumber dipetik dari : (http://www.geocities.com)

Pengenalan

Canggih mana sekalipun, pengorbanan guru sangat diperlukan bagi menyampaikan maklumat untuk pemahaman pelajar menguasai ilmu yang disampaikan. Guru pula bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi merancang menyampaikan ilmu itu dengan berkesan dan sistematik.

Pengajaran mungkin menjadi hambar dan kosong kiranya kegagalan guru dan murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor itu sangat berkait dan kuat hubungannya dalam proses mengajar dan belajar. Apakah proses ini dapat digantikan dengan suatu metodologi yang lain? Sudah tentunya tidak sepenuhnya. Dekad manapun, abad mana sekalipun peranan guru tidak mungkin dipisahkan.

Modul E-Pembelajaran Interaktif yang diperkenalkan ini hanya suatu alternatif, bagaimana sumber maklumat boleh digarap untuk disampaikan secara elektronik kepada semua orang. Murid di bilik kelas, orang awam, pengajar dan sebagainya, semua mereka ini boleh memperolehi maklumat dan belajar di luar dari kelas formal yang biasa dan menjadi tradisi. Bagaimanapun nilai murni merupakan kelangsungan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran yang mungkin tanpa guru akan menyukarkan.

E-Pembelajaran mengurangkan beban guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Hari ini, pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ‘ICT’ bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’

Konsep Dan Objektif E-Pembelajaran Interaktif

Konsep

E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul penyediaan bahan bantu mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Modul dan kertas cadangan ini akan membincangkan kepentingannya dalam proses pembelajaran dan membantu guru-guru mengajar. Bagaimanapun ia bukanlah penyelesai ‘solution’ bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

E- Pembelajaran atau juga disebut sebagai ‘E-Learning’ adalah kaedah pembelajaran secara elektronik dan digital. Ia telah lama diketengahkan oleh intelektual pendidikan dunia dan Malaysia sendiri. Diharapkan melalui modul ini terdapat kesedaran tentang pentingnya menambah baiki terutama di peringkat perlaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperolehi maklumat melalui buku tetapi terus dengan mengakses laman web yang berkenaan. Bagaimana pun, maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.

Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan. Kaedah ini juga membantu guru menyelesaikan masalah penyampaian konsep sains dan matematik. Mengajar kajian tempatan mungkin lebih berkesan kerana murid memperolehi gambaran langsung tentang kejadian dan peristiwa.

Objektif

  1. Mengwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.
  2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.
  3. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
  4. Mengurangkan bebanan setiap guru, terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
  5. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
  6. Menjimatkan masa guru, bagi menyedia dan memikirkan bahan Bantu mengajar.

Peranan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1946, Dale telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah.

Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan Perlaksanaan Program E-Pembelajaran Interaktif Dalam Pendidikan

Semua orang mengharapkan suasana pembelajaran menjadi lebih baik dan menarik. Guru terutamanya akan bertungkus lumus membantu pemahaman muridnya. Bagaimanapun ia dapat diatasi melalui penggunaan media pengajaran dan pembelajaran terutama melalui bahan multimedia. Melalui teknologi multimedia, animasi, gambar statik, suara, muzik, teks, gambar bergerak ‘filem’ dapat disampaikan serentak bagi membantu kefahaman pelajar.

Melalui perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran elektronik ini, kadar kefahaman murid akan lebih cepat dan pantas. Cara ini membantu menarik minat murid bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Kosentrasi murid terhadap bahan yang disampaikan mungkin lebih baik kerana ulangan dapat dilakukan bergantung kepada kemampuan murid itu sendiri.

Sesuai sekali dilaksanakan, apabila pembelajaran yang berlaku dalam keadaan murid bersedia untuk menerima pengajaran. Kaedah ini, mengubah peranan guru dari penyampai ilmu sepenuhnya kepada fasilitator yang menggerak minat murid-murid.

Modul Dan Bahan Multimedia Bagi Program E-Pembelajaran Interaktif

Murid mungkin tidak dapat hadir ke sekolah, guru tidak dapat menyampaikan sukatan pelajaran kerana terpaksa cuti sakit, dan banyak lagi gangguan yang menyebabkan iklim pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak stabil. Melalui E-Pembelajaran Interaktif ia mungkin dapat menyelesaikan penyampaian ilmu tersebut kepada semua murid walau di mana sekalipun mereka berada asalkan boleh mengakses internet.

Peranan guru, selain dari mengajar ialah merancang pengajarannya. Hasilnya adalah bergantung dari apa yang berjaya disampaikan. Melalui E-Pembelajaran Interaktif ini, banyak konsep dan latihan dapat disampaikan untuk dikuasai oleh murid. Guru tidak lagi mencatat latihan dan melukis gambararajah di papan hitam. Guru dapat mengurangkan masa untuk memberi kefahaman kepada murid melalui gerakan animasi yang menarik dan jelas.

Perasaan ingin tahu murid adalah permulaaan yang baik untuk murid belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka. E-Pembelajaran berjaya mengembangkan potensi sedia ada murid melalui perasaan ingin tahu mereka. Mereka akan melayari bahan yang membantu mereka mendapat jawapan yang dikehendaki.

Elemen Multimedia Dalam E-Pembelajaran Interaktif



Rounded Rectangular Callout: Laman Web Interaktif Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran


Bahan bantu mengajar dalam projek ini dipersembahkan dalam dua versi iaitu versi web dan perisian pembelajaran ‘courseware’. Kedua-duanya mampu dijana dalam komputer yang ‘standalone’ atau juga berangkai mengikut keperluan dan kemampuan murid. Murid-murid dapat mempelajarinya mengikut keupayaan masing-masing. Hasilnya murid dapat berkongsi pengalaman mereka dengan guru dan murid yang lain


Ekamedia atau teks dalam media dipersembahkan sebagai rujukan dan panduan kepada murid atau pelajar masih digunakan. Dwimedia juga mengabungkan teks dan gambar juga masih digunakan walaupun cara lebih mudah menggunakan carta sahaja.

Oleh itu penggunaan multimedia adalah mengatasi kebolehan bahan bantu mengajar lain sebelum ini. Bagaimanapun ini merupakan pandangan positif, carta, papan buletin, kad dan alat bantu lain masih tidak dapat menandingi kebolehan guru mengaplikasikan sekitarnya dalam pengajaran dan pembelajaran.


Bahagian uji minda yang disediakan ini, dicadangkan dengan dua kemudahan. Pertama setiap jawapan yang salah ataupun yang betul akan diberi galakan sama ada tahniah ataupun cuba lagi. Dua ikon dibentuk, iaitu teks sahaja ataupun dalam bentuk teks dan gambar.


Susun Atur E-Pembelajaran Interaktif


Konsep E-Pembelajaran





Laman Web & Perisian Multimedia




Sukatan Mata Pelajaran/Subjek

Tutorial Dan Rujuk Semula

Pengujian Dan Penilaian


Interaktif

Ujian Bertulis/E-Test



Animasi





Latihtubi


Keberkesanan Perlaksanaan Program E-Pembelajaran Interaktif

Bil

Metodologi Dan Media

Teknik Tradisi

Alternatif Multimedia

01.

Langkah Pengajaran Dan Pembelajaran

Disediakan oleh guru dengan pengetahuan menyeluruh.

Struktur disediakan dan guru sebagai pembimbing.

02.

Masa Pengajaran Dan Pembelajaran

Formal dalam kelas. Tiada ulangan kecuali dengan nota.

Formal dalam kelas atau kendiri, Rujuk semula tanpa had.

03.

Cara Pembelajaran

Lebih kepada lisan. Gambaran yang dibuat oleh murid hanya kekuatan daya mengingat.

Guru membimbing dan segala teks, animasi, gambar dan tutorial dipersembahkan secara elektronik.

04.

Media

Media

Tradisi

Media-E

Teks

Ada

Ada

Animasi

Tiada

Ada

Gambar pegun

Tiada

Ada

Muzik/Audio

Tiada

Ada

Video

Tiada

Ada




05.

Situasi Pengajaran Dan Pembelajaran

Bergantung kepada kebolehan guru.

Dibantu oleh media, tumpuan dan kawalan kelas berasaskan minat murid.

06.

Pencapaian

Bergantung kepada guru dan keboleh terimaan murid dalam pembelajaran mereka.

Dapat dikesan seawal mungkin dengan indikator tertentu. Mudah menguasai sesuatu maklumat disebabkan rujuk semula.

07.

Pengujian

Berkala, mengikut pencapaian

Selapas pembelajaran dibuat. Secara kertas atau e-test.

08.

Tumpuan

Sebahagian murid yang berkebolehan

Mengikut kelompok kebolehan dan pencapaian kendiri.

09.

Penyampaian Nilai

Nilai dapat disampaikan secara berkesan mengikut kemampuan guru.

Tidak ada nilai yang berkesan dapat disampaikan secara terus melalui komputer.

Model : Kertas konsep ini adalah dapatan merujuk kepada pandangan

ahli-ahli pendidikan.

Merujuk penjadualan keberkesanan media di atas, dapat menjelaskan peranan yang mampu dibuat melalui pembelajaran secara elektronik ataupun ‘e’. Namun demikian peranan guru sebagai penyedia, perancang, fasilitator tidak dapat dipisahkan dari pengajaran dan pembelajaran sebenar. Bahan bantu mengajar ini hanya lebih baik dan sesuai digunakan mengantikan buku, carta, papan hitam/putih dan alat bantu lain. Jelaslah bahan bantu elektronik ini mudah dibawa ke mana-mana dan dicapai di mana-mana.

Panduan Pengguna

Penyediaan panduan pengguna penting bagi memudahkan pengguna membuat rujukan bagi membantu mereka mengendalikan web ataupun perisian multimedia seperti ini.






Pembangunan Dan Pembinaan Bahan E-Pembelajaran

Rekabentuk Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahan ini disesuaikan mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Elemen dan ciri bahan adalah berasaskan pendekatan rekabentuk pengajaran yang dianjurkan oleh intelektual pendidikan seperti model-model ASSURE, ADDIE, Dick & Carey, Heinich, Molenda dan Russell juga lain-lain.

Mengunjur teknik yang terdahulu melalui bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer iaitu jenis latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis ini membantu menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran.

Tutorial

Melaluinya bahan-bahan pembelajaran dapat disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan peneguhan sama ada bergambar atau teks. Terdapat maklum balas (interaktif) yang membantu menjelaskan pemahaman murid. Kandungan bahan boleh dipilih mengikut tahap kebolehan murid.

Simulasi/ Animasi

E-Pembelajaran dapat mengambarkan situasi sebenar atau lakaran bagi memperjelaskan sesuatu objek, proses dan juga peristiwa. Murid boleh menganalisa gambaran yang diberikan. Penyelesaian atau keputusan boleh dibuat oleh murid dan mereka memahaminya.

Permainan

Permainan melibatkan murid berinteraksi dengan komputer secara permainan. Terdapat unsur-unsur keseronokan menggunakan audio visual dalam proses ini. Ini membantu kemahiran mental murid.

Latihtubi /Uji Minda

Pengujian dibuat untuk meningkatkan ingatan dan pengalaman belajar. Komputer mengemukakan soalan, manakala pengguna atau murid menjawab soalan yang dikemukakan.

Penyelesaian Masalah

Menggunakan teknik e-pembelajaran, proses penyelesaian masalah boleh dilakukan misalnya dengan mengemukan ujian minda ataupun penyelesaian urutan gambar yang diberi.


Membangunkannya, seseorang harus menjadi pengurus pengajaran dan pembelajaran, mengkaji keperluan murid. Menentukan sasaran dan menyediakan rekabentuk pengajaran, membangunkan dengan kebolehan menggunakan pelbagai perisian pembangunan multimedia sama ada yang mampu menghasilkan animasi, bunyi dan interaktif yang sebaiknya. Begitu juga mensasarkan penggunaannya, bukan sahaja teknik multimedia tetapi melalui browser internet.

Perisian Pembangunan

Aplikasi Pengarangan

Modul dan bahan ini dibangunkan menggunakan aplikasi pengarangan Macromedia Director, Flash, Dreamweaver, Animation GIF, Adobe Photoshop, Adobe Imagestyler, dan Ms FrontPage dalam persekitaran Windows. (Perisian berkaitan adalah versi pendidikan yang terdapat di PKG)

Animasi

Animasi dibangunkan dengan Director dan Flash, bagi ilustrasi atau grafik dilakar semula ataupun ubah suai dari Clipart. Ubahsuai dibuat di Powerpoint ataupun Word. Cantuman dilakukan dilakukan di Flash dan Director. (Perisian berkaitan adalah versi pendidikan yang terdapat di PKG)

Audio

Tidak banyak dipersembahkan, bagi memudahkan proses loading di internet. Bagimanapun proses ini, boleh dilakukan melalui pengunaan SoundForge atau Windows Player Record. Banyak perisian boleh digunakan bagi tujuan ini.

Teks Dan Grafik


Boleh dikombinasi dan dicantumkan menggunakan banyak aplikasi komputer. Bagaimanapun bagi membina paparan antaramuka yang lebih menarik lagi daya kreativiti diperlukan disamping penguasaan dalam seni grafik komputer.

Komitmen E- Pembelajaran Sebagai Bahan Bantu Mengajar

Dalam modul ini, tiga persembahan bahan bantu mengajar elektronik diperkenalkan antaranya telah diperjelaskan di atas, iaitu e-pembelajaran interaktif yang mengabungkan pelbagai elemen dan kemampuan multimedia interaktif. Berikut diperjelaskan tentang kelebihan Buku beranimasi sebagai media alternatif menggantikan buku tradisi.

Buku Beranimasi

Bahan bantu mengajar ini berpandukan konsep ‘e-book’ tetapi adalah dalam bentuk perisian dan bukannya bersekali dengan perkakasan. Ia amat menarik untuk digunakan oleh kanak-kanak berusia 6 tahun hingga 9 tahun.

Selama ini kita hanya membaca buku dengan teks serta ilustrasi sahaja dengan proses teknologi ICT buku tersebut boleh dibaca terus melalui web atau CD. Ia berupaya mengambarkan keadaan dan situasi melalui proses animasi dan boleh bersuara sama dengan proses filem animasi. (* Dalam buku animasi yang dipaparkan tidak dimasukkan bunyi)

Bahan cerita boleh dimanipulasi sebagai bahan cerita yang hidup dan nampak realisme. Proses pembelajaran berlaku dengan berkesan dan pantas. Murid dapat menggambarkan keadaan sebenar secara langsung tanpa penjelasan. Konsep animasi dan kartun ditunjukkan bagi menarik minat murid dan kanak-kanak. 1