"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Jumaat, 3 April 2009

gambar2 di ISTANA sempena perlantikan DATO SERI NAJIB

http://www.flickr.com/photos/30712758@N04/sets/72157616288887464/show/with/3409199622/

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

"Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat:

"Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional"

"kata-kata ALLAH.s.w.t. dipermainkan..!!! "

"MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN" dgn sewenang2 nya...tanpa mengenali hukum2 tajwid...

apabila AYAT-AYAT ALLAH s.w.t. diguna 0leh si kafir..............

BANGKIT lah umat ISLAM...!!!

"Harapan Nik Aziz"


KOTA BHARU 2 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara mampu menjadi pemimpin yang baik dan diyakini oleh seluruh rakyat.

Menurut beliau, bakal Perdana Menteri itu perlu bersikap mesra rakyat dan adil termasuk dengan tidak meminggirkan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Perdana Menteri bagi sebuah negara adalah seperti ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak akan turut perangai ibu bapa begitu juga rakyat di negara ini yang akan menurut perangai beliau.

"Umpama Nabi Muhammad sendiri yang merupakan seorang pemimpin tertinggi sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada pengikutnya sejak kecil lagi," ujarnya di sini hari ini.

Beliau juga menghargai Najib dan Abdullah yang datang melawatnya di Institut Jantung Negara ketika menjalani rawatan.

"Saya masih ingat mereka datang melawat saya ketika itu. Kenangan seperti ini tidak akan saya lupakan malah akan saya kenang sampai mati," katanya.

p/s ; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

Khamis, 2 April 2009

[[ yg tertarik & menarik ]]

-antara yg berjaya menarik perhatian guab0tak..
-hahaha...
-apb si "m0i b0h gel" di sanjung segelintir "al-tudung & al-hijab"
-maka...apakah "kerelevenan" nya..???


p/s ; s0leh bersama s0leh...s0lehah bersama s0lehah...muslim sesama muslim..dlm periuk bikin muafakat...ngeh..ngeh..ngeh...

Selasa, 31 Mac 2009

MAHASISWA bijak bestari...???


"ku sangka panas sampai ke petang,
rupanya hujan ditengahari"


kusangka NIZAR diatas padang,
rupanya Y.B. ZAMBRY yg berhujan dari tengahari

kusangka NIZAR seorang pejuang,
rupanya takut kena demam lagi.

2 minggu ku jalan ku pandang,
bertanya s0alan pd mahasiswa/mahasiswi.

ku ingatkan "MEREKA" ini cemerlang,
rupanya bodoh dari dulu lagi.

ku tanya siapa M.B. PERAK sekarang..?
"MAHASISWA/MAHASISWI" jawab, NIZAR lah M.B.

wajarkah gelaran "MAHASISWA/MAHASISWI" dipegang..?
M.B. PERAK pon mereka berteka-teki..?

kubertanya mereka yg bukan calang-calang,
bidang SAINS, KEJURUTERAAN, UNDANG2 & TEKNOLOGI.

sangat ku hairan jawapan yg dibentang,
dijawab pula dengan penuh keyakinan diri.

mungkinkah MAHASISWA/MAHASISWI terlepas pandang..?
atau sengaja mahu memperbodohkan diri..?

matlamat asal x dipegang,
malah ideologi busuk menguasai diri?

ku risau pengaruh PR di UNIVERSITI berkandang,
hancurlah "MAHASISWA/MAHASISWI" pertiwi.

kebenaran tidak lagi mereka pandang,
kerana hasutan dah memakan diri.

BPN harapan, ku sanjung tinggi,
betulkan keadaan, bersihkan PELAJAR2 ini.

agar diri suci dari si "PETUALANG",
yg mer0sakkan PENUNTUT2 UNIVERSITI.

MAHASISWA/MAHASISWI jgn kecundang,
demi AGAMA,BANGSA & NEGARA dicintai.