"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Isnin, 8 Jun 2009

"ANGKUH..!!! BONGKAK..!!! & SOMBONG..!!!"


  • Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad menyelar kepimpinan PAS dan membantah sebarang bentuk "kerjasama" antara PAS-UMNO. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan PAS.
"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan"-ujarnya.




  • Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno.
"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya.

p/s : untuk informasi selanjutnya...sila rujuk link HARAKAHDAILY yg disediakan....bukan fitnah....tapi benar......ALLAHUAKHBAR..!!!

Tiada ulasan: