"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Rabu, 11 Mac 2009

"DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK"


Iltizam bela kesejahteraan rakyat

Saya menghargai peranan YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Negara dalam melahirkan beberapa idea baru untuk menangani krisis kali ini. Pakej rangsangan ini telah dirumuskan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk dengan YAB Perdana Menteri sendiri. Pakej rangsangan ini memberi tumpuan kepada empat teras utama, seperti berikut:

Pertama: Mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

Kedua: Meringankan beban rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas;

Ketiga: Membantu sektor swasta menghadapi krisis; dan

Keempat: Membina keupayaan masa depan.


p/s ; Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan yg kreatif, inovatif, komprehensif

Tiada ulasan: