"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Ahad, 8 Mac 2009

Bila AGONG bertitah..!!!


Jangan ambil ringan aspek perpaduan - titah Agong

KUALA LUMPUR 9 Mac — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah (umat yang berkualiti dan baik).

Baginda bertitah usaha untuk menyatupadukan masyarakat adalah usaha yang berterusan sejajar dan bertepatan dengan tuntuan serta cabaran pada alaf ke-21 ini.

“Oleh yang demikian, segala dasar dan polisi yang dirangka ke arah menjadikan negara ini dan seluruh rakyat sebagai komuniti negara maju pada masa hadapan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan ini diambil ringan semua pihak.

“Apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlakulah pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa hidup manusia lantaran kemurkaan Allah S.W.T,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

p/s ; bila AGONG mula bersuara...kita lihat...siapa kah rakyat pertama yang berani melawan!!!

Tiada ulasan: