"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Rabu, 25 Mac 2009

PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN

PENGENALAN E-PEMBELAJARAN

Terdapat banyak definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning), tetapi secara asasnya e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Oleh itu, pastinya sebahagaian besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet / intranet.

Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet), bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio), sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.

Kaedah pembelajaran seperti ini membolehkan universiti menyediakan program-program pengajian yang lengkap kepada pelajar yang tinggal di luar kampus atau pelajar yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan bahan pengajaran pensyarah dari mana-mana sahaja. Staf akademik dapat mengingkatkan kualiti penyampaian dan keberkesanan dengan ada bantuan visual dan elemen multimedia diselitkan. Ilmu pengetahuan dikembangkan dengan adanya sumber yang pelbagai dari seluruh dunia yang boleh dicapai. Ia turut akan menjadi asas kepada pengajian jarak jauh yang mana ia mampu untuk memenuhi konsep “on-demand” yang boleh mengurangkan masalah masa, kehadiran/kedatangan, dan juga masalah jarak perjalanan.

Sesi perbincangan secara online melalui forum, discucssion board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira masa. Bagaimanapun seperti yang diakui oleh ramai pendidik, e-pembelajaran ini hanyalah melengkapi atau membantu staf akademik dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tidak dinafikan sesi kuliah / tutorial yang memerlukan sua muka (face-to-face) masih perlu bagi tidak menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan dalam menimba ilmu.

Maka, Universiti telah menetapkan sesi kuliah dan pendekatan e-pembelajaran perlu gerak seiring bagi mendapatkan yang terbaik dari keduanya. Gabungan kaedah ini lebih dikenali sebagai 'Blended-Learning' di kalangan pengamal dan profesional e-pembelajaran. Terserah kepada staf akademik untuk mencorakkan pengajaran mereka bagi mendapatkan yang terbaik daripada sesi kuliah dan kelebihan yang ada pada konsep e-pembelajaran.

Hubungi AJK e-Pembelajaran di setiap jabatan, pejabat am PDP, atau Makmal Pembangunan e-Pembelajaran untuk maklumat lanjut. Juga, terdapat banyak info mengenai e-pembelajaran di Internet yang anda boleh layari dan menambahkan lagi pengetahuan anda.

> elearning@wikipedia.com

Tiada ulasan: