"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Jumaat, 3 April 2009

"Harapan Nik Aziz"


KOTA BHARU 2 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara mampu menjadi pemimpin yang baik dan diyakini oleh seluruh rakyat.

Menurut beliau, bakal Perdana Menteri itu perlu bersikap mesra rakyat dan adil termasuk dengan tidak meminggirkan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Perdana Menteri bagi sebuah negara adalah seperti ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak akan turut perangai ibu bapa begitu juga rakyat di negara ini yang akan menurut perangai beliau.

"Umpama Nabi Muhammad sendiri yang merupakan seorang pemimpin tertinggi sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada pengikutnya sejak kecil lagi," ujarnya di sini hari ini.

Beliau juga menghargai Najib dan Abdullah yang datang melawatnya di Institut Jantung Negara ketika menjalani rawatan.

"Saya masih ingat mereka datang melawat saya ketika itu. Kenangan seperti ini tidak akan saya lupakan malah akan saya kenang sampai mati," katanya.

p/s ; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm

Tiada ulasan: