"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun, masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka, Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara.."

"Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan.."

"Jadilah bangsa yang bijaksana, Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya, Menjadi tuan di negara Merdeka..."
-Usman Awang (26 NOVEMBER 1999)

" i am ISLAM_melayu"

[[ penyokong BPN ]]

Jumaat, 3 April 2009

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

"Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat:

"Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional"

Tiada ulasan: